Pengarahnya, Dr Sha’ari Ngadiman berkata, inisiatif kutipan dana tersebut tidak dilakukan oleh mana-mana anggota Hospital Selayang.
“Hospital Selayang mempunyai sejumlah 1325 ‘port’ dan pada masa ini bekalan tangki oksigen adalah mencukupi,” katanya.
Beliau berkata demikian berhubung isu tular dalam Whatsapp berkenaan kekurangan bekalan oksigen di Hospital Selayang.
Semalam, Hospital Selayang menafikan menghadapi masalah bekalan oksigen seperti didakwa dalam mesej tular di media sosial baru-baru ini.
Hospital Selayang menerusi Facebooknya berkata, orang awam diminta berhati-hati dan tidak terpengaruh dengan sebarang mesej palsu di media sosial serta tidak menyebarkannya.
Menerusi mesej tular itu, terdapat pihak meminta sumbangan orang ramai untuk membeli tangki oksigen.
Ia susulan kesesakan pesakit Covid-19 di hospital kerajaan termasuk Hospital Selayang yang didakwa mempunyai 90% individu positif Covid-19 di wad kecemasan.
Situasi tersebut menyebabkan pesakit terpaksa berkongsi bekalan oksigen disebabkan kehabisan peralatan tersebut.