
Menurut JKJAV, ini susulan kemunculan varian baharu Covid-19 yang mencetuskan keperluan untuk suntikan vaksin diberikan lebih awal dari tempoh tiga bulan ditetapkan sebelum ini.
“Bekas pesakit Covid-19 yang disahkan bebas virus itu kini akan mendapat suntikan vaksin di pusat pemberian vaksin (PPV) mengikut janji temu diberikan.
“Bagaimanapun, bagi pesakit yang menerima antibodi monoklonal anti-SARS-CoV-2 atau ‘convalescent plasma’ sebagai sebahagian daripada rawatan Covid-19, mereka hanya boleh diberikan vaksin sekurang-kurangnya 90 hari selepas pulih,” kata JKJAV dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, ini sebagai langkah berjaga-jaga buat masa ini sehingga maklumat tambahan diperoleh, untuk mengelakkan kemungkinan terapi antibodi berkenaan diganggu oleh respons imun diakibatkan suntikan vaksin.
JKJAV turut menggesa orang ramai yang menunggu keputusan ujian Covid-19 supaya tidak pergi ke pusat pemberian vaksin sekalipun mempunyai janji temu atau sebagai peneman.
Ini susulan seorang wanita yang pergi untuk janji temu vaksinnya mendapat tahu dia positif Covid-19 ketika di pusat itu.
Akibatnya, pengurusan PPV berkenaan terpaksa mengasingkan wanita berkenaan manakala bomba menjalankan proses sanitasi sebelum operasi di situ dapat disambung.