
Kempen ini menggalakkan mereka yang mengalami kesukaran atau masalah kewangan untuk mendapatkan bantuan tanpa rasa takut dan malu dengan mengibarkan bendera berwarna putih di hadapan rumah sebagai isyarat mereka memerlukan bantuan segera.
Senarai di bawah adalah tambahan terbaharu kepada bantuan yang pernah dilaporkan FMT sebelum ini:
1. Ampacto Group Vegme Station & Delivery
Kumpulan ini merancang untuk membuka bank makanan di pejabatnya di Semenyih, Selangor dan mengalu-alukan sumbangan orang ramai. Ia boleh disalurkan menerusi akaun Ambank bernombor 8881039076475.
Barangan makanan juga boleh dihantar terus ke pejabat mereka.
Penduduk yang memerlukan bantuan boleh menghubungi talian 010-5082144.
Untuk maklumat lanjut, sila ke laman rasmi Facebook Ampacto Group

2. Parish of Holy Cross Sitiawan
Gereja ini mewujudkan pantri komuniti untuk penduduk di sekitar Sitiawan, Perak.
Orang ramai boleh mengambil barangan yang diperlukan mereka.
Selain itu, sumbangan barangan makanan juga dialu-alukan.
Hubungi Paderi Steven Raj di talian 017-4178330.

3. CrackhouseComedyClub
Kelab komedi ini menghantar pizza percuma kepada mereka yang memerlukan di Kuala Lumpur.
Anda boleh hubungi atau menghantar mesej di WhatsApp di talian 017-2056870.
Untuk maklumat lanjut, sila berhubung menerusi akaun Twitter @CrackhouseKL
4. Pasaraya YaPEIM’s
Orang ramai yang ingi mendapatkan barangan makanan dari Pasaraya YaPEIM boleh ke lokasi ini:
- Sungai Dua, Pulau Pinang – 04-3562409 (Alia)
- Hutan Melintang, Perak – 05-6413075 (Zu Ilhami)
- Guar Chempedak, Kedah – 013-5891399 (Nurul Huda)
- Sungai Lalang, Kedah – 04-4500071 (Mohd Ashraf)
- Permatang Sintuk, Pulau Pinang – 04-5754587
Untuk maklumat lanjut, sila ke akaun Twitter @YaPEIM_Official

5. Dalilah Azmi
Penduduk Klang khususnya di Kampung Jawa, Bukit Jati, Telok Menegon dan Sungai Kandis, boleh berhubung dengan Dalilah menerusi Twitter @dallyzmi untuk mendapatkan bantuan makanan asas seperti tepung, telur, beras dan gula.