
Yang Dipertuanya, Mohd Fared Abdul Ghani berkata, mereka antara 280 individu yang membuat aduan diugut Ah Long sepanjang bulan lalu setelah gagal melunaskan pinjaman.
Dua pelajar terbabit, katanya, masing-masing hanya meminjam RM600 dan RM1,000, namun kini perlu membayar balik RM3,000 dan RM5,000.
Mengulas lanjut, beliau berkata, kes lain didakwa berpunca daripada desakan hidup dan juga kegiatan judi dalam talian yang semakin berleluasa sekarang.
Menurutnya, PPIK percaya nombor-nombor agensi pinjaman lintah darat ini yang dipamer di merata-rata tempat turut mendorong orang ramai yang mungkin dalam keadaan terdesak memilih untuk meminjam tanpa menghiraukan faedah yang tinggi.
“Secara purata, pihak kami (PPIK) menerima 10 aduan hampir setiap hari daripada peminjam ini,” katanya kepada pemberita, menurut laporan Bernama.
Katanya, PPIK akan cuba berunding dengan ceti haram berkenaan untuk mengurangkan kadar faedah kepada sekitar 10% sahaja bagi menyelesaikan masalah peminjam-peminjam ini.