8.8 juta dos vaksin Covid-19 diberi setakat semalam

8.8 juta dos vaksin Covid-19 diberi setakat semalam

Lima negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor, diikuti Sarawak, Johor; Kuala Lumpur, dan Sabah.

KUALA LUMPUR:
Sebanyak 8,800,700 dos vaksin telah diberikan kepada penduduk negara ini setakat semalam menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.

Menerusi perkongsian di Twitter, beliau berkata sebanyak 2,539,686 individu telah menerima dos kedua, sekali gus melengkapkan vaksinasi mereka.

“Sebanyak 217,807 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam melibatkan 141,140 dos pertama dan 76,667 dos kedua,” katanya.

Lima negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 342,677 orang diikuti Sarawak (278,528); Johor (266,779); Kuala Lumpur (232,170) dan Sabah (225,690).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.