17 kluster baharu dikesan, 11 berkait tempat kerja

17 kluster baharu dikesan, 11 berkait tempat kerja

Daripada bakinya, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, lima dikesan dalam komuniti, manakala satu berkait kumpulan berisiko tinggi.

Kluster-kluster baharu dikesan di Johor, Pahang, Selangor, Kelantan, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Terengganu.
PETALING JAYA:
Sebanyak 17 kluster baharu Covid-19 dikesan dalam tempoh 24 jam yang lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 11 kluster membabitkan tempat kerja, lima dikesan dalam komuniti, manakala satu berkait kumpulan berisiko tinggi.

Kluster-kluster baharu ini dikesan di Johor, Pahang, Selangor, Kelantan, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Terengganu.

Perincian 17 kluster baharu yang dikenal pasti hari ini adalah seperti berikut:

  • Kluster Jalan Wira Lapan (Johor Bahru) dengan 12 kes
  • Kluster Industri Parit Jamil (Muar) dengan 127 kes
  • Kluster Industri Parit Hulu (Muar) dengan 40 kes
  • Kluster Jalan Perindustrian Agas 11 (Tangkak) dengan 104 kes
  • Kluster Kilometer 22 Jalan Gambang (Kuantan) dengan 11 kes
  • Kluster Industri Bypass Gebeng (Kuantan) dengan 52 kes
  • Kluster Industri Jalan Bangi Lama (Hulu Langat) dengan 79 kes
  • Kluster Pengkalan Batu (Pasir Mas) dengan 9 kes
  • Kluster Lorong Sungai Tiram (Barat Daya, Timur Laut, dan Seberang Perai Utara) dengan 25 kes
  • Kluster Bahtera Barat (Kota Kinabalu) dengan 18 kes
  • Kluster 35 Bintulu (Bintulu) dengan 21 kes
  • Kluster Sungai Pelepak (Meradong) dengan 26 kes
  • Kluster Sungai Entajum (Tatau) dengan 41 kes
  • Kluster Kampung Jeram Perdah (Pasir Mas) dengan 8 kes
  • Kluster Lorong Empat Sekinchan (Sabak Bernam, Gombak, dan Hulu Selangor) dengan 41 kes
  • Kluster Gong Pasir (Dungun) dengan 29 kes
  • Kluster Persiaran Kempas Jernih (Johor Bahru) dengan 14 kes
Noor Hisham berkata, sebanyak 2,918 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 869 daripadanya masih aktif dan 2,049 lagi sudah tamat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.