
Shazni berkata, beliau dihubungi oleh polis daerah Wangsa Maju untuk merakam keterangan mengenai memorandum yang meminta AS memastikan gencatan senjata antara rejim Zionis Israel dan Hamas Palestin dihormati.
“Justeru saya akan hadir pada hari ini (Jumaat), jam 2.30 petang untuk memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis,” katanya di Facebook.
Pada 21 Mei lalu, Pemuda PH telah mengumumkan tunjuk perasaan secara terbuka bagi mengemukakan beberapa tuntutan kepada Amerika Syarikat, antaranya meminta Israel mematuhi gencatan senjata dan menyeru agar kerajaan AS menyemak semula hubungan diplomatik dengan rejim Zionis itu.