https://youtu.be/Dgw4dnK2CMI
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, PSC-19 akan bermula di Stadium Bandaraya Pulau Pinang melibatkan empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu Sungai Pinang, Padang Kota, Dato Keramat dan Pulau Tikus dan akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut senarai serta ketetapan yang akan diumumkan kemudian.
“Program PSC-19 dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri membabitkan kaedah RTK-Antigen. Selain berurusan dengan pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri masing-masing, satu aplikasi bagi memudahkan rakyat membuat pendaftaran sedang dibangunkan dikenali sebagai penangsaring.selangkah.my,” katanya dalam siaran langsung di laman Facebook rasminya semalam.
Beliau turut memohon agar Majlis Keselamatan Negara (MKN) mempertimbangkan untuk menggunakan pendekatan prestasi pencapaian nilai-nilai ambang setiap negeri, bukannya kebangsaan dalam memutuskan peralihan ke Fasa 2 Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara bagi negeri-negeri.

“Ini kerana setiap negeri mempunyai dan menghadapi kadar jangkitan kes berbeza-beza yang memerlukan pertimbangan khusus dalam menentukan strategi lanjut yang perlu dilaksanakan,” katanya.
Sementara itu Chow berkata, negeri itu akan menerima sebanyak 591,532 dos vaksin bagi bulan Julai di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).
Beliau berkata, pecahan penghantaran dos vaksin itu adalah selama empat minggu bermula 5 hingga 28 Julai 2021.
Dengan penerimaan jumlah dos vaksin itu, Chow berharap Pulau Pinang dapat mencapai tiga matlamat, iaitu 10% populasi disuntik bagi kedua-dua dos vaksin, suntikan vaksin kepada semua yang berdaftar membabitkan kategori warga emas 60 tahun dan ke atas dan pemberian vaksin kepada yang berdaftar membabitkan kategori umur 60 tahun dan ke bawah.