Marah lepas disuruh mandi, nenek terkejut jumpa cucu maut dalam bilik

Marah lepas disuruh mandi, nenek terkejut jumpa cucu maut dalam bilik

Ketua Polis Daerah Taiping, Osman Mamat berkata, nenek mangsa terkejut melihat cucunya berusia 11 tahun itu dijumpai tidak sedarkan diri di atas katil dua tingkat kira-kira 7.52 malam.

Ketua Polis Daerah Taiping Osman Mamat berkata, nenek mangsa berusia 63 tahun memaklumkan, sebelum kejadian kanak-kanak perempuan itu dikatakan marah apabila neneknya berleter menyuruhnya mandi sebelum ditemui tidak sedarkan diri.
PETALING JAYA:
Seorang kanak-kanak perempuan ditemui telah meninggal dunia oleh neneknya di dalam bilik tidur di rumah mereka di Taiping, Perak semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, Osman Mamat berkata, nenek mangsa terkejut melihat cucunya berusia 11 tahun itu dijumpai tidak sedarkan diri di atas katil dua tingkat kira-kira 7.52 malam.

“Bedah siasat dilakukan dan punca kematian disebabkan leher mangsa patah. Ujian saringan Covid-19 ke atas mangsa mendapati negatif wabak,” katanya menurut laporan Harian Metro

Osman berkata, nenek mangsa berusia 63 tahun memaklumkan sebelum kejadian kanak-kanak perempuan itu dikatakan marah apabila neneknya berleter menyuruhnya mandi sebelum ditemui tidak sedarkan diri.

“Neneknya yang berusia 63 tahun segera meminta bantuan jiran sebaik melihat kejadian dan mereka menghubungi talian kecemasan serta membawa mangsa ke Hospital Taiping yang kemudian disahkan sudah meninggal dunia,” katanya.

Difahamkan, mangsa menetap dengan neneknya selepas kedua ibu bapa mangsa bercerai.

Beliau turut dimaklumkan oleh nenek mangsa bahawa cucunya seorang yang hiperaktif dan suka mencuba sesuatu.

Katanya, siasatan lanjut berhubung kejadian itu masih dijalankan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.