
Beliau yang juga bekas menteri persekutuan itu keliru dengan alasan diberikan kerajaan negara itu sedangkan menteri berkata keadaan Covid-19 di negara ini masih terkawal susulan pelaksanaan darurat.
“Tapi agak terhina bila mulai esok rakyat dari 63 negara boleh masuk Phuket tanpa kuarantin, syarat sudah vaksin lengkap. Kata mereka, Malaysia tak boleh, sebab status Covid tak cantik. Macam mana ni? Menteri kata Covid kita terkawal,” katanya di Facebook.
Kelmarin, Thailand menerusi Perakuan Kemasukan (COE) mengumumkan sebanyak 63 negara diberi kebenaran memasuki negara itu di bawah skim “Phuket Sandbox” yang membenarkan pelancong dari negara yang disenaraikan membuat permohonan.
Antara negara disenaraikan termasuk Brunei, Singapura, Myanmar, Vietnam, United Kingdom, Sepanyol, Qatar, Israel, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Turki, Hong Kong, Macau dan Taiwan.
Shabery berkata, individu di negara ini yang sudah mendapatkan dua dos vaksin tidak dibenarkan pergi ke mana-mana, termasuk Parlimen.
“Di Malaysia, orang yang dah dicucuk dua kali pun tak boleh pergi mana-mana. Jangan kata nak ke Langkawi, ke Parlimen pun tak boleh. Macam mana nak datang Phuket?,” soal beliau.