Hanya 8 orang boleh hadir akad nikah di Sarawak

Hanya 8 orang boleh hadir akad nikah di Sarawak

Akad nikah juga hanya boleh dilaksanakan di Pejabat Agama Islam Bahagian atau Daerah dan premis Majlis Islam Sarawak.

MIS berkata, tempoh akad nikah tidak boleh melebihi 20 minit termasuk bacaan lafaz taklik, manakala majlis adat tidak dibenarkan.
KUCHING:
Hanya lapan orang termasuk jurunikah dan saksi dibenar hadir pada majlis akad nikah di Sarawak sepanjang tempoh Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Majlis Islam Sarawak (MIS) memaklumkan, jumlah kehadiran itu juga tertakluk kepada kapasiti ruang yang digunakan.

Menurutnya, akad nikah pasangan yang mendapat kebenaran berkahwin hanya boleh dilaksanakan di Pejabat Agama Islam Bahagian atau Daerah dan premis MIS.

Mereka yang hadir juga perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Covid-19 seperti mengimbas suhu badan, memakai pelitup muka dan melakukan penjarakan fizikal.

“Tempoh masa akad nikah juga tidak melebihi 20 minit termasuk bacaan lafaz taklik. Majlis adat seperti pertukaran barang hantaran, menyarung cincin atau seumpamanya adalah tidak dibenarkan.

“Kenduri bagi meraikan akad nikah juga tidak dibenarkan,” menurut MIS dalam satu kenyataan hari ini.

Garis panduan tersebut berkuat kuasa mulai esok (1 Julai) dan boleh dipinda dari semasa ke semasa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.