Kadar kebolehjangkitan Covid-19 kembali naik kepada 1.0

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 kembali naik kepada 1.0

Kali terakhir R0 negara mencapai 1.0 adalah pada 5 Jun.

Kali terakhir kadar kebolehjangkitan Covid-19 (R0) negara mencapai 1.0 adalah pada 5 Jun dan ia kekal bawah 1.0 sebelum meningkat semula pada 12 Jun.
PETALING JAYA:
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 negara atau R0 (disebut R-naught), kembali meningkat kepada 1.0 setakat semalam.

Ini menurut data dikongsi oleh Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook pagi tadi.

Kali terakhir R0 negara mencapai 1.0 adalah pada 5 Jun. Ia kekal bawah 1.0 sebelum meningkat semula pada 12 Jun.

Lima negeri mencatatkan R0 melebihi purata nasional dengan Melaka mendahului pada 1.10.

Ia diikuti oleh Perak (1.08), Negeri Sembilan (1.07), Pahang (1.04) dan Selangor (1.02).

Negeri-negeri yang mencatatkan nilai R0 bawah purata nasional adalah Kuala Lumpur (0.99), Sarawak (0.95), Kedah (0.94), Perlis (0.94), Labuan (0.92), Johor (0.91), Putrajaya (0.90), Sabah (0.89), Penang (0.84), Kelantan (0.80) dan Terengganu (0.65).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.