PM umum pakej bantuan 5 petang ini

PM umum pakej bantuan 5 petang ini

Pakej dikenali sebagai Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) akan diumumkan Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung di stesen TV utama negara.

Semalam, Muhyiddin dilaporkan berkata, fasa 1 kawalan pergerakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) atau perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 yang akan tamat hari ini diteruskan sehingga nilai ambang kes harian mencatatkan kurang 4,000 kes. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Kerajaan akan mengumumkan pakej bantuan ekonomi lebih menyeluruh kepada semua kumpulan masyarakat pada 5 petang ini.

Pakej bantuan dikenali sebagai Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) akan diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan disiarkan secara langsung di stesen TV utama negara.

Perkara itu dimaklumkan di Facebook perdana menteri sebentar tadi.

Semalam, Muhyiddin dilaporkan berkata, fasa 1 kawalan pergerakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) atau perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 yang akan tamat hari ini diteruskan sehingga nilai ambang kes harian mencatatkan kurang 4,000 kes.

Pada 31 Mei lalu, kerajaan mengumumkan pakej Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Tambahan) bernilai RM40 bilion bagi mengurangkan beban rakyat serta memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Beliau berkata, ia membabitkan suntikan fiskal oleh kerajaan berjumlah RM5 bilion.

Katanya, pelaksanaan PEMERKASA Tambahan menetapkan tiga matlamat utama, iaitu mempertingkatkan kapasiti kesihatan awam, meneruskan agenda prihatin rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.