JAKIM persiap 160 pegawai untuk tangani kes kemurungan

JAKIM persiap 160 pegawai untuk tangani kes kemurungan

Khidmat pegawai-pegawai ini akan turut diperluas ke agensi-agensi KKM, selain hospital di seluruh negara, kata Zulkifli Mohd Al-Bakri.

KUALA LUMPUR:
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mempersiap 160 pegawai di hospital di seluruh negara dengan kemahiran khidmat psikospiritual, khidmat bimbingan dan “ilaj syarie” (rawatan Islam) untuk menangani kes kemurungan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohd Al-Bakri berkata, khidmat pegawai ini akan turut diperluas ke agensi-agensi Kementerian Kesihatan (KKM).

Kata beliau dalam catatan di Facebook, perkhidmatan berkenaan disediakan “bagi menangani masalah kerohanian dan kemurungan dalam kalangan pesakit dan juga kakitangan hospital sendiri akibat (wabak) Covid-19 dan permasalahan yang lain”.

“Bagi mencapai matlamat tersebut, seramai 160 peserta yang terdiri daripada Kader Post JAKIM yang berkhidmat di hospital seluruh Malaysia, Pegawai Mesra Ibadah lantikan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, dan ‘spiritual provider’ lantikan Hospital Hospital Rehab Cheras akan diberi latihan,” tambahnya.

Langkah ini diambil di samping MyCareCOV19, iaitu inisiatif JAKIM bersama rakan strategik lain sejak April 2020 dalam menyediakan khidmat nasihat bagi membantu rakyat dalam menangani masalah tekanan dan kemurungan sepanjang tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.