Samun klinik gigi, 2 lelaki ditahan

Samun klinik gigi, 2 lelaki ditahan

Polis turut memburu dua lagi suspek dalam samun bersenjata melibatkan kerugian RM10,000 yang tular di media sosial, semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Ashari Abu Samah berkata dua suspek itu ditahan kira-kira empat jam selepas kejadian.
KUALA LUMPUR:
Polis menahan dua suspek lelaki warga tempatan kerana disyaki terlibat kes samun sebuah klinik pergigian di Taman Melati, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Ashari Abu Samah berkata kedua-dua suspek masing-masing berusia 30 dan 32 tahun itu, ditahan di sekitar Wangsa Maju kira-kira empat jam selepas kejadian samun itu.

Beliau berkata pihaknya masih memburu dua lagi baki suspek disyaki terlibat kes berkenaan yang masih bebas.

“Dalam kes ini, polis merampas sebuah kereta jenis Proton Saga serta sebilah parang yang disyaki digunakan dalam kejadian itu dan hasil semakan, kedua-dua suspek mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini, diminta untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di talian 03-9289 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ashari berkata kedua-dua suspek direman selama enam hari untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Sekyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Semalam tular di media sosial, tiga suspek bersenjatakan parang telah menyamun sebuah klinik pergigian dan kerugian dianggarkan berjumlah RM10,000.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.