
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Abd Jalil Hassan berkata, lelaki berusia 38 tahun itu dihantar pulang melalui lapangan terbang Subang dengan menaiki pesawat tentera AS.
Katanya, Uchida berjaya memasuki Malaysia kerana dia hanya dikehendaki di AS dan tiada notis merah Interpol dikeluarkan terhadapnya.
“Polis melakukan penangkapan itu selepas menerima permintaan daripada FBI (Biro Penyiasatan Persekutuan AS) untuk mendapatkan bantuan.
“Setakat ini, tidak ada laporan mengenai kesalahan seksual yang dilakukan tertuduh di Malaysia,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Semalam, FBI dalam kenyataan mengesahkan Uchida ditahan 21 April lalu.
Dia dikehendaki untuk kes rogol, rogol kanak-kanak di King County (di Washington), mempromosikan penderaan seksual komersial terhadap kanak-kanak bawah umur.
FBI Seattle mengucapkan terima kasih kepada polis Malaysia, Jabatan Imigresen dan Kedutaan AS di Kuala Lumpur kerana menyelaraskan penghantaran pulang suspek terbabit untuk menghadapi tuduhan di King County.