Lebih 7 juta dos vaksin Covid-19 diberikan

Lebih 7 juta dos vaksin Covid-19 diberikan

Daripada jumlah itu, seramai 5,072,714 orang menerima dos pertama dan 1,966,358 orang lengkap dos kedua.

Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba berkata, sebanyak 215,968 dos vaksin diberikan semalam, yang terdiri daripada 148,380 penerima dos pertama dan 67,588 untuk dos kedua.
PETALING JAYA:
Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba berkata, sebanyak 7,039,072 doa vaksin diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat semalam.

Daripada jumlah itu, katanya, seramai 5,072,714 orang menerima dos pertama dan 1,966,358 lagi melengkapkan vaksinasi dengan dos kedua.

“Sebanyak 215,968 dos diberikan semalam yang terdiri daripada 148,380 penerima dos pertama dan 67,588 untuk dos kedua,” katanya dalam catatan di Twitter.

Pemberian vaksin harian mula melepasi 250,000 dos buat julung kali pada Selasa lalu dengan 250,529 dos, disusuli 252,773 keesokannya dan 268,604 dos pada Khamis lalu.

Negeri yang mencatatkan penerimaan vaksin tertinggi ialah Kuala Lumpur dengan 884,781 orang menerima dos pertama dan 170,594 orang bagi dos kedua, diikuti Sarawak (878,626 dos pertama dan 202,741 dos kedua) serta Selangor (796,768 dos pertama dan 262,635 dos kedua).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.