Nelayan selamat gadis terjun Jambatan Sultan Abdul Halim

Nelayan selamat gadis terjun Jambatan Sultan Abdul Halim

Bomba berkata pemeriksaan di tempat kejadian menemui sebuah kereta Proton Wira dan beberapa barang peribadi dipercayai milik gadis berkenaan di dalamnya.

Anggota bomba menemui kereta gadis yang terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim. Manakala gadis itu diselamatkan oleh nelayan. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seorang gadis yang terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim, George Town, Pulau Pinang, diselamatkan nelayan yang kebetulan berada di lokasi berdekatan.

Kejadian pada 7.15 malam di Kilometer 14.1 jambatan itu membabitkan gadis berusia 24 tahun.

Jurucakap bomba Bayan Baru berkata, pemeriksaan di tempat kejadian menemui sebuah kereta Proton Wira dan beberapa barang peribadi dipercayai milik gadis berkenaan di dalamnya, menurut laporan Utusan Malaysia.

“Mangsa yang diselamatkan dibawa oleh nelayan ke Jeti Pengkalan Marin Batu Uban sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.