Berang ditegur hal bateri kereta, lelaki pukul bapa tiri

Berang ditegur hal bateri kereta, lelaki pukul bapa tiri

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Shamsul Amar Ramli berkata mangsa cedera di muka dan dada dalam kejadian itu.

Suspek berusia 24 tahun ditahan di sebuah restoran sehari selepas kejadian.
PETALING JAYA:
Seorang lelaki memukul bapa tirinya selepas ditegur mengenai masalah bateri kereta keluarganya di Pelabuhan Klang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Shamsul Amar Ramli, berkata kejadian berlaku kira-kira 5.30 petang selepas bapa tiri berusia 52 tahun terbabit menegur suspek berusia 24 tahun.

“Teguran mangsa menyebabkan suspek tidak berpuas hati lalu memukulnya di bahagian dada dan muka menggunakan tangannya.

“Akibatnya, mangsa telah mengalami kecederaan pada bahagian muka sebelah kiri, lebam dan sakit pada bahagian dada sebelah kanan,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Mangsa kemudian membuat laporan polis sebelum suspek akhirnya ditahan di sebuah restoran di Pandamaran, sekitar 5 petang semalam.

Shamsul Amar berkata, pihaknya mengesyaki suspek bawah pengaruh dadah ketika kejadian kerana dia mempunyai rekod lampau berkaitan dadah, empat tahun lalu.

“Bagaimanapun, ujian saringan terhadapnya belum dijalankan dan akan dibuat secepat mungkin. Ini kali pertama suspek bertindak sedemikian terhadap bapa tirinya,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan Seksyen 506 kanun sama kerana melakukan ugutan jenayah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.