Kementerian Wilayah Persekutuan teliti langkah beri potongan kepada pembayar cukai pintu

Kementerian Wilayah Persekutuan teliti langkah beri potongan kepada pembayar cukai pintu

Menterinya, Annuar Musa berkata, beliau telah memberi persetujuan bagi pemotongan tersebut, namun cadangan ini sedang diteliti dengan terperinci oleh kementerian.

Ketika ini kata Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa, pembayaran cukai pintu boleh dilakukan secara ansuran.
KUALA LUMPUR:
Kementerian Wilayah Persekutuan sedang meneliti untuk memberikan potongan kepada semua pembayar cukai pintu di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai antara insentif bagi meringankan beban golongan itu.

Menterinya Annuar Musa berkata, ketika ini beliau memutuskan pembayaran cukai pintu boleh dilakukan secara ansuran dan mereka yang lewat membuat bayaran kerana mempunyai masalah kewangan tidak akan dikenakan sebarang penalti.

“Pada saat susah ini, apalah salahnya kita berkorban, apa salahnya pulangkan balik beberapa peratus kepada pembayar cukai dan perkara ini sedang diteliti dengan terperinci, tapi pada dasarnya, saya telah memberi persetujuan.

“Pembayaran ansuran, memberikan rebat dan juga menghapuskan penalti itu antara insentif kita lakukan untuk seluruh Wilayah Persekutuan.

“Walaupun Kuala Lumpur serius dari segi kesan (ekonomi) kepada warganya, kita juga yakin akan pulih secepatnya kerana di sini ada ruang untuk mencari rezeki, peluang untuk menambah peluang pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual secara langsung dalam program Bicara Naratif di RTM malam tadi.

Sebelum ini, kementerian itu memperkenal tujuh Inisiatif Wilayah Cakna 5.0 untuk kemudahan serta mengurangkan beban warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang terkesan dengan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0, khususnya golongan B40 dan miskin bandar.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.