
Beliau dipetik Bernama berkata, ada iklan dibuat beberapa syarikat menyatakan mana-mana pekerja mereka yang mahu menjalani vaksinasi di pusat pemberian vaksin (PPV) di premis mereka perlu membuat sejumlah bayaran.
“Saya ingin menjelaskan bahawa vaksin disediakan secara percuma oleh kerajaan (dan) di kesemua pusat vaksinasi untuk industri.
“Majikan perlu menanggung kos untuk membuka pusat tersebut dan juga kos perkhidmatan yang dikenakan pasukan mengendalikan vaksinasi tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.
Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak berkata, PP khusus untuk pekerja industri adalah perlu bagi mempercepatkan kerja-kerja vaksinasi untuk mereka kerana terdapat banyak laporan kes positif Covid-19 melibatkan tempat kerja.
Beliau berkata, sehingga kini respons rakyat Sarawak terhadap program vaksinasi amat menggalakan dengan 855,749 orang di negeri itu telah divaksin.