Kes sporadik, tidak bergejala Covid-19 meningkat di Lembah Klang

Kes sporadik, tidak bergejala Covid-19 meningkat di Lembah Klang

Sebanyak 578,105 kes Covid-19 direkodkan di Malaysia dengan 398,846 daripadanya kes sporadik.

Ketua Pengarah Kesihatan Noor Hisham Abdullah berkata, kebanyakan kes sporadik tersebut tidak bergejala tetapi masih boleh menjangkiti sesiapa yang tidak mengamalkan SOP dengan betul.
PETALING JAYA:
Kes sporadik dan kes tidak bergejala di Lembah Klang masih berada pada peratusan yang agak tinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata Malaysia telah merekodkan sebanyak 578,105 kes Covid-19, dan 398,846 kes (69%) daripada jumlah tersebut adalah kes sporadik.

“Negeri tertinggi yang melaporkan kes sporadik adalah Selangor dengan 151,725 kes (38%), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 44,517 kes (11.2 %), diikuti Sarawak sebanyak 40,889 kes (10.3 %),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Daerah di Selangor dengan kes sporadik tinggi adalah Petaling (3,905 kes), Hulu Langat (2,783) dan Klang (2,482).

Noor Hisham berkata, kes-kes sporadik bermaksud kes yang dikesan di dalam komuniti dan tidak dapat dikaitkan dengan mana-mana kluster sedia ada.

“Kes-kes sporadik ini dikesan melalui saringan di tempat kerja, saringan dalam komuniti, ataupun dari saringan kes bergejala.

“Apa yang lebih membimbangkan adalah kebanyakan kes sporadik tersebut tidak bergejala tetapi masih boleh menjangkiti sesiapa sahaja yang berada di sekeliling mereka yang tidak mengamalkan SOP dengan betul.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.