Murid tahun 6 antara 3 ditahan berlumba motosikal

Murid tahun 6 antara 3 ditahan berlumba motosikal

Murid terbabit dan rakan berusia 13 tahun ditahan ketika berlumba di Jalan Tok Keramat, Padang Tembak, petang semalam.

Remaja yang ditahan polis dalam Op Samseng Jalanan di Jalan Tok Keramat, Padang Tembak, Pulau Pinang, semalam. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seorang murid tahun enam antara tiga ditahan polis di Pulau Pinang petang semalam selepas didapati berlumba motosikal.

Pasukan daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri dalam Op Samseng Jalanan pada 6.30 petang mengesan dua motosikal dinaiki tiga remaja lelaki secara berbahaya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Noorzainy Mohd Noor, berkata anggota yang bertugas di Jalan Tok Keramat, Padang Tembak, melihat sebuah motosikal ditunggang murid tahun enam yang membonceng rakannya berusia 13 tahun dan sebuah lagi motosikal ditunggang remaja juga berusia 13 tahun.

“Mereka disyaki membuat aksi ‘wheelie’ bermula dari Jalan Titi Keramat ke arah Taman Cempedak yang amat berbahaya.

“Oleh itu, ketiga-tiga mereka ditahan untuk tindakan selanjutnya,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu dan berbahaya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.