1,588,915 individu lengkap 2 dos vaksin Covid-19 setakat semalam

1,588,915 individu lengkap 2 dos vaksin Covid-19 setakat semalam

5 negeri yang mencatatkan penerima kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor, diikuti Sarawak, Johor, Perak dan Kuala Lumpur.

Berdasarkan laporan harian jumlah pendaftaran kumulatif vaksin, sebanyak 15,072,779 pendaftaran direkodkan setakat semalam.
KUALA LUMPUR:
Jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin Covid-19 di negara ini setakat semalam telah mencecah 5,675,002 dos, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.

Beliau berkata seramai 1,588,915 individu telah melengkapkan dua dos vaksin manakala 4,086,087 individu menerima dos pertama.

Lima negeri yang mencatatkan penerima kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 207,077 diikuti Sarawak (181,690), Johor (161,082), Perak (147,250) dan Kuala Lumpur (141,071), katanya menerusi akaun Twitter hari ini.

Mengenai vaksinasi harian bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Adham berkata 164,282 dos diberikan semalam melibatkan 128,400 penerima suntikan pertama manakala 35,882 lagi dos kedua.

Sementara itu, berdasarkan laporan harian jumlah pendaftaran kumulatif vaksin dalam laman sesawang www.vaksincovid.gov.my, sebanyak 15,072,779 pendaftaran direkodkan setakat semalam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.