
Dalam kenyataan, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata beliau sudah menekankan bahawa pembangkang memainkan peranan penting dalam memastikan Parlimen berfungsi melalui pemeriksaan perundangan dan pengawasan kerajaan.
Lim berkata, beliau dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim sudah menekankan bahawa pembangkang juga adalah sebahagian daripada cabang perundangan dan Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata, mengenepikan pembangkang daripada mewakili jawatankuasa khas adalah penyalahgunaan kuasa dan “duluan berbahaya” yang mengikis prinsip asas Parlimen sebagai sumber punca demokrasi.
Lim turut mencadangkan bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang juga Ahli Parlimen Teluk intan sebagai wakil Pakatan Harapan dalam jawatankuasa berkenaan.
Kenyataan Ahli Parlimen Bagan itu menyusul selepas Yang Dipertua Dewan Negara Rais Yatim mendedahkan bahawa anggota jawatankuasa tersebut termasuk beliau sendiri, Speaker Dewan Rakyat, seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, kedua-dua Timbalan Speaker Dewan Rakyat, dan ketua pentadbir Parlimen.
Lim berkata, pemimpin pembangkang dan wakilnya tidak termasuk dalam senarai berkenaan.