
Ong Kok Thye, 23, didakwa memiliki semua barangan itu, termasuk seluar dalam, baju dalam dan seluar pendek, tanpa mampu memberikan penjelasan memuaskan mengenai cara ia diperoleh.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah unit kondominium di Dataran Mentari, di sini.
Tuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Majistret M Bharat tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kerana tiada penjamin yang hadir bersamanya hari ini.
Mahkamah kemudian menetapkan 9 Sept ini untuk sebutan semula kes.
Terdahulu timbalan pendakwa raya Sharifah Zafirah Syed Mustafa menawarkan jaminan RM1,000 dengan seorang penjamin.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun tidak merayu jumlah jaminan berkenaan.
Semalam media melaporkan seorang lelaki ditahan selepas seorang wanita membuat laporan polis berhubung kehilangan beberapa pakaian dalam miliknya dalam kejadian di sebuah kondominium.