Beliau berkata, suntikan berkenaan akan dilaksanakan di sekolah.
“Kita kena bagi vaksin kepada mereka pada awal persekolahan. Bila menteri pendidikan buat keputusan untuk benarkan pelajar ke sekolah, kita akan beri suntikan kepada mereka bermula pertengahan Julai atau awal Ogos bergantung kepada kes harian.
“Mereka pergi sekolah dan akan disuntik di sana,” katanya pada sidang media bersama Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail di Kuantan hari ini.
Semalam Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) memutuskan untuk memberi keutamaan kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan utama.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Kanan (Pendidikan) Radzi Jidin yang memaklumkan, ia adalah susulan kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) bagi penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech terhadap individu berusia 12 tahun ke atas.
Khairy dilapor berkata, data peperiksaan tahunan diterima daripada Radzi menunjukkan terdapat 357,00 pelajar dan 47,000 guru di Tingkatan 5 dengan kerajaan berusaha untuk memvaksin golongan itu terlebih dahulu supaya berpeluang kembali ke sekolah .
Pada 15 Jun, penggunaan vaksin Comirnaty buatan Pfizer-BioNTech diluluskan bagi golongan berusia 12 tahun dan ke atas menerusi program imunisasi kebangsaan.