
Semalam, Rt yang dicatatkan ialah 0.95 tetapi ia pernah turun kepada paras terendah, iaitu 0.90 pada 12 Jun lalu dan angka itu kekal di bawah paras 1.0 sejak 5 Jun.
Statistik yang dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menunjukkan Selangor mencatatkan 0.92 walaupun menjadi penyumbang terbesar kepada peningkatan kes harian Covid-19.
Negeri lain yang mencatatkan Rt di bawah paras kebangsaan 0.95 setakat semalam adalah Johor (0.92), Melaka (0.88), Kedah (0.84), Putrajaya (0.82), Pulau Pinang (0.81), Pahang (0.8),Terengganu (0.79), Perak (0.76) dan Kelantan (0.75) manakala sifar bagi Perlis.
Lima negeri merekodkan Rt melebihi paras kebangsaan, iaitu Negeri Sembilan (1.09), Labuan (1.04), Sabah (1.03), Sarawak (1.0) dan Kuala Lumpur (0.96).
Kali terakhir nilai itu berada di bawah 1.0 adalah 7 April tetapi ia mencapai kadar tertinggi pada 23 Mei lalu dengan 1.21 dan mula turun sejak 30 Mei lalu.
Semalam Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 5,738 kes baharu Covid-19 dengan 60 kematian.