
Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, Pemuda PH mahu polis menyiasat kenyataan Takiyuddin ketika mengulas pandangan Agong.
“Pemuda PH akan buat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi petang ini,” katanya di Twitter.
Semalam Takiyuddin membayangkan masanya “sudah hampir” untuk Parlimen bersidang selepas Agong menitahkan persidangan perlu diadakan secepat mungkin untuk membahaskan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara.
Katanya, Agong tidak menetapkan bila sidang Parlimen harus diadakan, namun perdana menteri sudah mengumumkan sidang Dewan Rakyat boleh diadakan paling awal September ini.
Sebelum ini Agong berpandangan sidang Parlimen perlu diadakan secepat mungkin untuk membahaskan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara.