5,738 kes Covid-19, 60 kematian, 909 pesakit di ICU

5,738 kes Covid-19, 60 kematian, 909 pesakit di ICU

Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi dengan 1,858 kes.

PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 5,738 kes baharu Covid-19 dengan 60 kematian dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 66,097 kes aktif dan 909 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 441 memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau berkata, jumlah jangkitan kini adalah 678,764 manakala kes sembuh pula sebanyak 7,530 dengan jumlah kumulatif 608,465 kes.

Sementara itu, sebanyak 60 kematian dicatat menjadikan jumlah keseluruhan kematian setakat ini 4,202.

Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi dengan 1,858 kes.

Ia disusuli Negeri Sembilan (1,086), Kuala Lumpur (641), Sarawak (559), Johor (449), Sabah (248), Kedah (197), Melaka (184), Kelantan (154), Pulau Pinang (97), Labuan (97), Terengganu (77), Pahang (54), Perak (30) dan Putrajaya (7).

Daripada jumlah kes baharu itu, tiga adalah kes import manakala 5,735 penularan tempatan.

Hisham berkata, 60 melibatkan 20 kes di Selangor, 10 di Negeri Sembilan, sembilan di Johor, masing-masing empat di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, tiga di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Selain itu, katanya masing-masing dua kes di Sarawak, Melaka, dan Kedah,serta masing-masing satu kes di Kelantan, Perak, Terengganu, dan Pulau Pinang.

“Kes kematian itu membabitkan 58 warganegara dan dua bukan warganegara.

“Korban termuda berusia 29 tahun manakala paling tua berusia 90 tahun dengan majoritinya mempunyai sejarah penyakit kronik seperti, Lupus, kencing manis, jantung, darah tinggi, buah pinggang, obesiti dan strok,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.