
Beliau yang juga ketua setiausaha pengelola berkata, kongres berkenaan akan diadakan atas talian sepenuhnya tanpa melibatkan aktiviti berkumpul secara fizikal membabitkan 2,000 perwakilan.
Katanya, kongres yang akan bermula 8 pagi hingga 2 petang itu bakal memberi tumpuan kepada isu ekonomi, kesihatan dan pemulihan demokrasi dalam negara.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas merujuk kenyataan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) pada 9 Jun lalu berhubung pelaksanaan mesyuarat agung tahunan pertubuhan berdaftar ketika perintah kawalan pergerakan (PKP).
“Dalam surat JPPM kepada PKR pada 21 Mei lalu, parti diberi masa sehingga 30 Jun untuk melaksanakan kongres PKR,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada 5 Jun lalu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengarahkan PKR menangguhkan kongres tahunan secara maya selama tiga hari yang bermula sehari sebelumnya.
Nik Nazmi dilaporkan berkata, arahan terbaharu MKN itu bertentangan dengan suratnya pada 27 Mei lalu yang menyatakan MKN tiada halangan terhadap penganjuran Kongres Nasional PKR secara dalam talian sepenuhnya.