Terminal feri Kuala Kedah dibuka semula mulai esok

Terminal feri Kuala Kedah dibuka semula mulai esok

Ini susulan penamatan PKPD tengah malam ini di Kota Setar, kata Jabatan Laut Malaysia.

Jabatan Laut Malaysia berkata operator feri perlu memastikan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) dipatuhi sepenuhnya. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Terminal feri penumpang Kuala Kedah dibenarkan beroperasi semula mulai esok susulan penamatan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) tengah malam ini di Kota Setar.

Menurut Jabatan Laut Malaysia, selaras dengan pengumuman Kementerian Pengangkutan Malaysia bertarikh 31 Mei, semua pengendali pengangkutan awam laut seperti operator feri penumpang dibenar beroperasi dengan kapasiti penumpang 50%.

“…juga dibenar menentukan frekuensi atau kekerapan perkhidmatan masing-masing secara optimum untuk mengelakkan kesesakan di terminal feri penumpang tersebut,” katanya dalam kenyataan lewat malam tadi.

Selain itu katanya, operator feri perlu memastikan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM dipatuhi sepenuhnya.

Terdahulu, 28 mukim di Kota Setar diletakkan di bawah PKPD bermula 19 Mei hingga 1 Jun dan dilanjutkan sebelum ditamatkan tengah malam ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.