Polis buru 5 lelaki disyaki terlibat samun bersenjata di Klang

Polis buru 5 lelaki disyaki terlibat samun bersenjata di Klang

Dalam kejadian 12 Jun itu polis telah memberkas tiga lelaki di sekitar kawasan Klang yang disyaki terlibat dalam kes berkenaan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Shamsul Amar Ramli berkata, dalam kejadian 3 pagi 12 Jun, lapan lelaki meluru masuk ke sebuah pejabat dan terus memukul seorang pembantu kedai menggunakan senjata seperti batang besi, rantai besi dan kerusi. (Gambar Bernama)
SHAH ALAM:
Polis sedang memburu lima lelaki yang disyaki terlibat dalam kes samun bersenjata di sebuah pejabat di Klang dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Shamsul Amar Ramli berkata, dalam kejadian 3 pagi 12 Jun itu, lapan lelaki meluru masuk ke pejabat tersebut dan terus memukul seorang pembantu kedai menggunakan senjata seperti batang besi, rantai besi dan kerusi.

“Suspek turut mengambil dua rantai emas milik mangsa serta kad mesin juruwang automatik (ATM) dan membuat transaksi memindahkan sejumlah wang daripada akaun mangsa,” katanya dalam kenyataan semalam.

Shamsul Amar berkata, pada 10.50 malam hari yang sama, pihaknya memberkas tiga lelaki di sekitar kawasan Klang yang disyaki terlibat dalam kes berkenaan.

“Dua daripada suspek masing-masing didapati mempunyai enam rekod jenayah lampau,” katanya sambil menambah semua suspek direman lima hari dari 13 hingga 17 Jun ini.

Menurut beliau, polis turut merampas satu batang besi vakum, satu penyahkod kamera litar tertutup dan sebuah telefon bimbit daripada suspek.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.