
Ketua Polis Kedah Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang pengadu tengah malam tadi berhubung video diterimanya melalui WhatsApp mengenai seorang individu membakar naskah itu bersebelahan tandas awam berhampiran bangunan Tabung Haji di pekan Kuala Nerang.
“Pengadu bersama dua rakannya terus ke lokasi kejadian dan mendapati tiada sesiapa di sana namun menjumpai cebisan (tafsir) al-Quran yang dibakar.
“Polis merampas sisa bakaran tafsir al-Quran di lokasi kejadian yang terletak di depan rumah kedai suspek,” katanya.
Kamarul berkata, hasil siasatan dan keterangan saksi polis menahan seorang lelaki berusia 36 tahun di pekan Kuala Nerang dan merampas dua unit telefon bimbit, satu unit pemetik api dan sepasang selipar dipercayai digunakan semasa kejadian.
Katanya, suspek didapati bertindak membakar tafsir al-Quran pemberian kekasihnya itu kerana marah dan kecewa.
“Suspek tidak berniat menyentuh sensitiviti agama,” katanya.
Menurutnya, suspek ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 435 dan 295 Kanun Keseksaan.