
GLASGOW: Penantian sekian lama Scotland untuk beraksi dalam pentas bola sepak antarabangsa dimusnahkan Patrik Schick yang menjaringkan dua gol untuk Republik Czech, sekali gus membenam tuan rumah dengan keputusan 0-2 pada pembukaan Kumpulan D Euro 2020 di Hampden Park.
Schick menanduk masuk gol pertama sebelum rehat dan menggandakan kedudukan pada minit ke-52 menerusi sepakan dari garisan tengah Scotland untuk gol kedua yang menakjubkan.
Ia menyaksikan Scotland tewas kali pertama pada aksi pembukaan kejohanan utama dalam tempoh 23 tahun.
Scotland akan bertemu england Jumaat depan di Wembley sebelum bertemu Croatia di laman sendiri di Hampden Park, 22 Jun ini.
Scotland memulakan permainan dengan agak gementar di Hampden Park, yang pertama kali bermain di hadapan peminat sejak November 2019 dengan kehadiran lebih 12,000 penyokong.