Buang bayi di pondok bas, pasangan kekasih ditahan

Buang bayi di pondok bas, pasangan kekasih ditahan

Pasangan berusia 23 dan 26 tahun itu ditahan di Garden Avenue Seremban 2 semalam.

Bayi perempuan yang ditinggalkan dalam kotak di pondok bas berhampiran SMK Felda Sri Sendayan. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Polis menahan sepasang kekasih bagi membantu siasatan kes buang bayi perempuan yang baharu dilahirkan di pondok bas berhampiran SMK Sri Sendayan di Seremban semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban Mohd Said Ibrahim berkata, pasangan berusia 23 dan 26 tahun itu ditahan di Garden Avenue Seremban 2, kira-kira 7.30 malam susulan siasatan dan maklumat awam.

“Mereka akan direman di mahkamah Seremban pada hari ini,” katanya dalam kenyataan menurut Bernama.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan siasatan lanjut masih diteruskan, tambahnya.

Semalam seorang bayi perempuan ditemui dibungkus dengan tuala dan diletakkan dalam kotak di pondok bas berkenaan.

Bayi yang dianggarkan berusia dua hari itu ditemui seorang pekerja pembersihan pada 11.58 pagi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.