
Ketua Polis Daerah Seremban, Mohd Said Ibrahim, berkata bayi dianggarkan berusia dua hari itu ditemui seorang pekerja pembersihan di sekolah tersebut pada 11.58 pagi tadi.
“Bayi perempuan itu dijumpai di sebuah perhentian bas berhadapan SMK Felda Sri Sendayan. Ia ditemukan dalam keadaan sihat dan dianggarkan baru berusia dua hari.
“Bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Ja`afar (HTJ) Seremban untuk pemeriksaan lanjut,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Sehubungan itu, beliau berkata, polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan penemuan tersebut tampil memberi maklumat dengan menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Adi Khusaini Saripudin di talian 012 7778789.
“Siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 bagi mengesan ibu kepada bayi berkenaan,” katanya.