
Ketua Polis Daerah Kajang, Mohd Zaid Hassan, tempoh reman wanita itu yang bermula 11 Jun lalu tamat hari ini.
“(Pemilik Instagram) disambung reman sehingga 15 Jun,” katanya ringkas menerusi WhatsApp, menurut laporan Harian Metro.
Polis menahan pemilik akaun Instagram “safieyillias94” dan “pipinatasha” di sekitar Kajang, petang Khamis lalu.
Zaid sebelum ini dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang pensyarah di sebuah universiti awam yang melihat pautan IG secara langsung atas penama dengan kedua-duanya berpakaian menjolok mata.
Kedua-dua hos juga menunjukkan aksi penggunaan rokok elektronik (vape) kepada kanak-kanak.
Kes disiasat mengikut Seksyen 12(1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.