Umno nafi pecat Hishammuddin

Umno nafi pecat Hishammuddin

Setiausaha Kerja Umno, Mohd Sumali Reduan, turut menafikan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi diadakan hari ini.

Setiausaha Kerja Umno, Mohd Sumali Reduan, berkata tuduhan mengenai pemecatan itu adalah palsu dan fitnah jahat.
PUTRAJAYA:
Umno nafi memecat Ahli Parlimen Sembrong, Hishammuddin Hussein daripada parti itu hari ini.

Malah Setiausaha Kerja Umno, Mohd Sumali Reduan, turut menafikan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) diadakan hari ini.

Sumali mengesahkan surat pelucutan keahlian Umno yang didakwa dikeluarkan kepada Hishammuddin seperti tular di media sosial adalah palsu.

“Saya sahkan tiada mesyuarat MKT Umno diadakan hari ini apatah lagi pelucutan keahlian. Ini semua palsu dan fitnah jahat,” katanya ketika dihubungi.

Surat yang tular kononnya Umno memecat Hishammuddin Hussein.

Terdahulu, tular surat kononnya Hishammuddin yang juga Ketua Umno Sembrong, dilucutkan keahlian serta-merta berikutan perkembangan politik semasa tanah air.

Sebelum ini, sebuah portal melaporkan kononnya Menteri Luar itu bakal dilantik  sebagai Perdana Menteri selepas Muhyiddin Yassin mengundur diri daripada jawatan berkenaan dalam masa terdekat.

Portal itu turut melaporkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam rombakan Kabinet akan datang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.