Maximus pemimpin parti politik ke-11 menghadap Agong

Maximus pemimpin parti politik ke-11 menghadap Agong

Maximus dijangka kemukakan pandangan mengenai masalah rakyat dan kesan penularan Covid-19 ke atas rakyat Sabah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) itu tiba di pintu dua Istana Negara kira-kira 2.16 petang.
KUALA LUMPUR:
Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Maximus Ongkili menjadi pemimpin parti politik ke-11 menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Maximus yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) tiba di pintu dua Istana Negara kira-kira 2.16 petang dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Vellfire berwarna hitam.

Difahamkan beliau dijangka membincangkan pelbagai isu termasuk masalah rakyat dan penularan Covid-19 di Sabah.

Terdahulu Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden MIC SA Vigneswaran turut menghadap Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah sebelum solat Jumaat tadi.

Sebelum ini, beberapa pemimpin utama parti termasuk Bersatu, PKR, DAP, Amanah, MCA, Pejuang, PAS dan Warisan selesai menghadap serta berkongsi pandangan mereka dengan Agong.

Sesi menghadap itu dipercayai diadakan menjelang pertemuan khas Majlis Raja-raja Melayu pada 16 Jun untuk membincangkan keadaan darurat dan usaha memerangi Covid-19.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.