Kakitangan bank juga perlu divaksin awal, kata kesatuan

Kakitangan bank juga perlu divaksin awal, kata kesatuan

NUBE sebelum ini memaklumkan kepada MITI sektor perbankan membekalkan senarai nama pekerja terlibat sebagaimana diminta, tetapi tiada maklum balas sehingga ke hari ini.

NUBE berkata, kesatuan itu sentiasa menghargai inisiatif kerajaan dalam mengendalikan program vaksinasi bagi mencapai sasaran imuniti kelompok.
PETALING JAYA:
Kira-kira 80,000 kakitangan institusi perbankan perlu dipertimbangkan untuk mendapat suntikan vaksin Covid-129 awal kerana mereka juga dikategorikan sebagai perkhidmatan penting negara dalam tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh.

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) berkata, Persatuan Bank-bank Komersial Malaysia (MCBA) menulis surat kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada pertengahan Mac lalu dan bersetuju dengan permintaan agar pekerja perbankan turut diberi keutamaan.

“Susulan permohonan MCBA kepada MOSTI, NUBE menulis surat kepada MOSTI pada Mei dan dimaklumkan bahawa permintaan NUBE dipanjangkan kepada Pasukan Petugas Imunisasi Covid-19 (CITF) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Setiausaha Agungnya J Solomon dalam kenyataan berkata, NUBE pada 2 Jun memaklumkan kepada MITI bahawa sektor perbankan membekalkan senarai nama pekerja yang terlibat sebagaimana diminta.

J Solomon.

Namun katanya, tiada sebarang maklum balas daripada kementerian itu sehingga ke hari ini.

Beliau berkata, NUBE sentiasa menghargai inisiatif kerajaan dalam mengendalikan program vaksinasi bagi mencapai sasaran imuniti kelompok.

“Malangnya permintaan kami dalam perkara, yang sudah berbulan-bulan lamanya belum mendapat hasil yang positif dan kami agak kecewa dengan ketiadaan tindakan proaktif ke atas semua permintaan setakat ini,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.