16 kluster baharu Covid-19, 12 babit tempat kerja

16 kluster baharu Covid-19, 12 babit tempat kerja

Kluster-kluster baharu dikesan di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Kelantan, serta Sabah dan Sarawak.

Sejumlah 12 daripada kluster-kluster yang baru dikesan membabitkan tempat kerja, tiga dikesan dalam komuniti, manakala satu lagi melibatkan kumpulan berisiko tinggi.
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 16 kluster baharu Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Sejumlah 12 daripada kluster-kluster berkenaan membabitkan tempat kerja, tiga dikesan dalam komuniti, manakala satu lagi melibatkan kumpulan berisiko tinggi.

Menurut kenyataannya hari ini, kluster-kluster berkenaan dikesan di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Kelantan, serta Sabah dan Sarawak.

Perincian 16 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini adalah seperti berikut:

  • Kluster Jalan Renchong ( Muar ) dengan 12 kes
  • Kluster Bukit Bakri ( Muar ) dengan 25 kes
  • Kluster Jalan Permatang Lapan ( Johor Bahru ) dengan 18 kes
  • Kluster Jalan Tanjung A Tiga ( Johor Bahru ) dengan 19 kes
  • Kluster Laman Satu ( Johor Bahru ) dengan 70 kes
  • Kluster Industri Persiaran Raja Lumu ( Klang ) dengan 95 kes
  • Kluster Industri Jalan Batu Arang ( Gombak dan Petaling ) dengan 34 kes
  • Kluster Industri Jalan Bunga Cempaka Dua ( Hulu Selangor dan Petaling ) dengan 71 kes
  • Kluster Industri Sungai Putus ( Klang ) dengan 52 kes
  • Kluster Industri Puchong Lima ( Petaling ) dengan 44 kes
  • Kluster Kopi Blues ( Tawau ) dengan 12 kes
  • Kluster Semanok ( Tatau ) dengan tujuh kes
  • Kluster Pekan Tatau Baru ( Tatau) dengan 27 kes
  • Kluster Sungai Kakus ( Tatau ) dengan 51 kes
  • Kluster Penchala ( Kepong ) dengan 105 kes
  • Kluster Cabang Empat Chetok ( Pasir Mas ) dengan 17 kes

Noor Hisham berkata, sebanyak 2,438 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 755 daripadanya kluster aktif dan 1,683 lagi sudah tamat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.