
KUALA LUMPUR: Selepas lebih sejam mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, Presiden Warisan, Shafie Apdal keluar meninggalkan Istana Negara.
Terdahulu bekas ketua menteri Sabah itu memasuki Istana Negara kira-kira 3.10 petang tadi dan menjadi pemimpin politik kelapan mengadap Agong setakat ini.
Sehingga kini, antara pemimpin yang selesai mengadap Agong adalah Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, pemimpin Pakatan Harapan (PH) terdiri daripada Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, Presiden MCA Wee Ka Siong serta pemimpin Pejuang, Dr Mahathir Mohamad.
Difahamkan esok beberapa lagi pemimpin utama parti politik akan mengadap Agong, antaranya Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.