Sabah potong gaji menteri, pembantu menteri perangi Covid-19

Sabah potong gaji menteri, pembantu menteri perangi Covid-19

Ketua Menteri Hajiji Noor berkata, semua simpanan daripada potongan gaji berkenaan akan digunakan sebagai dana untuk membiayai pengurusan pandemik Covid-19 di Sabah.

Ketua Menteri Hajiji Noor berkata, semua ADUN daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan turut melepaskan 30% daripada gaji mereka. (Gambar Bernama)
KOTA KINABALU:
Kerajaan negeri membuat keputusan memotong gaji semua menteri dan pembantu menteri sebanyak 50% selama dua bulan bermula bulan ini.

Ketua Menteri Hajiji Noor berkata, semua simpanan daripada potongan gaji berkenaan akan digunakan sebagai dana untuk membiayai pengurusan pandemik Covid-19 di Sabah.

Katanya, selain menteri dan pembantu menteri, semua ADUN daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan turut melepaskan 30% daripada gaji mereka.

“Semua simpanan itu akan digunakan sebagai dana untuk membiayai pengurusan pandemik Covid-19 dan kami dalam kerajaan GRS bersatu untuk terus bersama rakyat dalam menghadapi masa sukar ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, semua ADUN daripada GRS turut melepaskan 30% daripada gaji mereka selama sebulan.

Sementara itu Hajiji berkata, hasil mesyuarat Kabinet yang berlangsung semalam turut memutuskan untuk memperuntukkan RM120.4 juta bagi melaksanakan program Bantuan Sabah Prihatin 3.0 Covid-19.

Selain itu peruntukan tambahan sebanyak RM34.4 juta lagi dikeluarkan bagi bantuan bakul makanan kepada semua sektor yang terkesan akibat pandemik berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.