Wanita gelang ‘pink’ tunggang motosikal ke kedai diburu polis

Wanita gelang ‘pink’ tunggang motosikal ke kedai diburu polis

Wanita itu dipercayai menunggang motosikal untuk keluar membeli barang keperluan di kedai runcit ketika dalam tempoh kuarantin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Lee Swee Sake, berkata wanita berkenaan dipercayai menunggang motosikal untuk membeli barang keperluan di kedai runcit dan pihaknya sedang berusaha mengesannya menerusi penelitian rakaman video yang tular itu.
PETALING JAYA:
Seorang wanita yang dipercayai menunggang motosikal dengan memakai gelang individu dalam pengawasan (PUS) Covid-19 di kawasan Bandar Baru Sri Klebang, Chemor, Ipoh, Perak, diburu polis.

Video wanita berkenaan tular di laman sosial, baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Lee Swee Sake, berkata siasatan lanjut sedang dilakukan selepas pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu semalam.

“Polis akan mengeluarkan kompaun sekiranya didapati wanita itu benar-benar melakukan kesalahan,” katanya menurut laporan Bernama.

Beliau berkata, wanita berkenaan dipercayai menunggang kenderaan itu untuk membeli barang keperluan di sebuah kedai runcit dan polis sedang berusaha mengesannya menerusi penelitian rakaman video terbabit.

Video berdurasi sembilan saat itu tular menerusi aplikasi WhatsApp menunjukkan seorang wanita menunggang motosikal jenis Honda EX5 berwarna hitam, yang dirakam orang awam selepas melihat perbuatan berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.