
Goldman Sachs mencapai perjanjian penangguhan pendakwaan dengan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) tahun lalu.
Pada Rabu, hakim daerah AS, Margo Brodie di Brooklyn, New York, dijangka memerintahkan unit bank itu di Malaysia membayar USD500,000 untuk kes itu.
Hukuman ke atas unit Goldman Sachs di Malaysia akan menyebabkan pembayaran lebih tinggi oleh bank berpangkalan di New York.
Goldman dan unitnya di Malaysia mengakui bersekongkol terbabit dalam skim lima tahun yang melanggar undang-undang antirasuah AS.
AS berkata, Goldman mendapat yuran lebih USD600 juta ketika melakukan pembayaran haram untuk pegawai di Malaysia dan Abu Dhabi bagi mendapatkan dan mengekalkan perniagaan bagi bank itu daripada 1MDB.
Perjanjian itu membenarkan bank terbabit menunda pendakwaan selagi ia terus bekerjasama dengan AS dan menyerahkan laporan pematuhan.
Goldman berkata, ketika perjanjian itu diumumkan, ia lega boleh berhenti memikirkan perkara itu untuk menyelesaikan siasatan kerajaan dan kawal selia.
Butiran tarikh akhir 10 hari untuk Goldman membuat pembayaran itu terkandung dalam pemfailan 4 Jun lalu oleh kerajaan di Mahkamah Persekutuan di Brooklyn.