
Reaksi itu adalah susulan laporan yang mendakwa kerajaan Jepun meminta jawatankuasa penganjuran temasya tersebut mempertimbangkan untuk menolak penyertaan 10 negara yang sedang berdepan lonjakan kes Covid-19, termasuk Malaysia.
Jurucakap MOM memberitahu FMT bahawa mereka belum dimaklumkan mengenai rancangan tersebut.
MOM turut menegaskan semua atlet dan pegawai Malaysia telah diberi vaksin sepenuhnya.
Negara lain dalam senarai yang diperkatakan itu adalah India, Pakistan, Nepal, Bangladesh, Maldives, Sri Lanka, Afghanistan, Vietnam, dan UK.
Menurut laporan New Straits Times, Jemaah Menteri Jepun berkata, sekiranya larangan masuk terhadap kontinjen dari negara ini tidak dapat dilakukan, tindakan seperti kuarantin 14 hari akan dikenakan sebaik tiba di negara itu.
Sukan Olimpik Tokyo dijadual bermula pada 23 Julai dan akan berlangsung hingga 8 Ogos. Pada mulanya ia dijadual berlangsung tahun lalu, namun ditunda kerana wabak Covid-19.