Kanak-kanak 2 tahun maut disyaki didera, 4 ahli keluarga ditahan

Kanak-kanak 2 tahun maut disyaki didera, 4 ahli keluarga ditahan

Polis menerima maklumat berhubung kematian seorang kanak-kanak yang disyaki didera, selepas dihubungi pegawai perubatan Hospital Betong.

Ibu bapa kandung mangsa antara empat ahli keluarga berumur 22 hingga 65 tahun yang ditahan polis.
PETALING JAYA:
Empat ahli keluarga ditahan selepas seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang disyaki menjadi mangsa penderaan, meninggal dunia dengan kesan cedera dan lebam di bahagian badan semalam.

Ketua Polis Daerah Betong, Zamry Alli berkata, mereka yang ditahan berumur 22 hingga 65 tahun, termasuk ibu bapa kandung mangsa.

Beliau berkata, pegawai perubatan dari Hospital Betong di Sarawak memaklumkan seorang kanak-kanak meninggal dunia pada 3.45 petang Ahad kerana disyaki didera.

“Mangsa dihantar ke hospital oleh keluarganya pada 3 petang,” katanya dipetik Berita Harian dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata, pemeriksaan awal menemui kesan kecederaan dan lebam di badan mangsa yang mungkin menjadi menyebabkan kematian kanak-kanak itu.

Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan semua suspek akan direman bagi membantu siasatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.