Polis tahan 8 lelaki terlibat rusuhan bersenjata

Polis tahan 8 lelaki terlibat rusuhan bersenjata

Dalam kejadian itu, sekumpulan lelaki dilaporkan menyerang mangsa sekeluarga menggunakan kayu dan topi keledar serta membaling batu dan botol kaca ke dalam rumahnya di Klang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Shamsul Amar Ramli berkata kesemua suspek direman selama dua hingga tiga hari.
SHAH ALAM:
Polis menahan lapan lelaki dipercayai terlibat dalam rusuhan menggunakan senjata dalam kejadian di hadapan sebuah rumah di Jalan Sungai Jati, Klang seperti yang tular di media sosial, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Shamsul Amar Ramli berkata kesemua suspek berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun itu ditahan antara jam 9 dan 10 malam hari sama, selepas mangsa membuat laporan polis pada 7 malam.

Beliau berkata, dalam kejadian dipercayai berlaku lewat petang itu, sekumpulan lelaki dilaporkan menyerang mangsa dan keluarga dengan menggunakan kayu dan topi keledar serta membaling batu dan botol kaca ke dalam rumah di Jalan Sungai Jati, Klang.

“Polis telah merampas sebuah motosikal jenis Yamaha, sebuah kereta jenis Honda berwarna hijau serta dua topi keledar.

“Kesemua suspek yang antaranya mempunyai rekod jenayah lampau mengaku terlibat dengan kes berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shamsul Amar berkata kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek kini direman selama dua hingga tiga hari.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.