Buat ‘gencatan politik’, fokus pada rakyat, Azalina gesa kerajaan

Buat ‘gencatan politik’, fokus pada rakyat, Azalina gesa kerajaan

Semua ahli politik perlu menerima dan memberi kritikan supaya wabak dapat ditangani bersama, kata Timbalan Speaker Dewan Rakyat itu.

Azalina berkata ‘gencatan politik’ akan menunjukkan kepada rakyat bahawa negara sedang melangkah ke hadapan.
PETALING JAYA:
Perlu ada “gencatan politik” antara parti di negara ini supaya rakyat dapat diutamakan sewaktu wabak Covid-19, kata Timbalan Speaker Dewan Rakyat Azalina Othman Said.

“Seolah-olah dalam politik, semuanya tak boleh – kawan tak boleh, bercakap tak boleh. Nak telefon pun benda menakutkan dalam kalangan parti politik,” kata beliau di sebuah webinar semalam, sambil menambah, ini tidak sepatutnya terjadi di negara ini.

Katanya, mesti ada cara bagi semua ahli politik untuk menerima dan memberi kritikan agar wabak Covid-19 dapat diperangi bersama.

“Gencatan politik” akan menunjukkan kepada rakyat bahawa negara sedang melangkah ke hadapan, kata beliau, sambil turut mengulangi gesaan agar Parlimen dibenarkan bersidang kembali.

Ahli Parlimen Subang Wong Chen, yang juga menghadiri webinar berkenaan, berkata kerajaan perlu mendapatkan sokongan pembangkang untuk memerangi Covid-19.

Katanya, kerajaan tidak dapat menangani wabak dengan baik, dan menggesa untuk mendapatkan pertolongan agar sebuah penyelesaian dapat dicapai bersama.

Tambah Wong, kerajaan juga perlu membenarkan pembangkang memberikan saranan untuk mengekang wabak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.